About my Blog

Selamat datang ke Alandaresipi! Kami menyediakan resipi masakan makanan 1Malaysia mewakili Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kami juga menyediakan resipi pencuci mulut Malaysia seperti dadih, kuih-muih dan lain-lain.

Saturday, October 16, 2010

Resepi - Thosai

terima kasih ninoZ - the original author, (http://www.cangkirbiru.blogspot.com/)

THOSAI

Bahan-bahan:
3 3/4 cawan Beras
1 1/4 cawan mumbung Kacang Hitam/Urundhu
1 sudu besar rata Halba
1 sudu besar Nasi Sejuk
garam secukup rasa

Cara-cara:
Bilas beras hingga bersih. Masukkan ke dalam bekas bersama air untuk rendaman.
Longgokkan halba di tengah-tengah beras [jangan dikacau] dan rendam semalaman.
Bilas kacang hitam hingga bersih dan direndam semalaman.
[Anggaran masa rendaman – 12 jam]
Toskan kedua-dua bahan secara berasingan.
Kisar kacang dengan sedikit air hingga betul-betul halus.
Beras dikisar bersama nasi sejuk sehingga halus.
Campurkan kedua-dua bahan kisar tadi bersama sedikit garam dan gaulkan satu arah dengan tangan hingga sebati.
Masukkan ke dalam periuk/bekas stainless steel yg bertutup rapat dan peram semalaman.
Masak thosai seumpama membuat dadar/ketayap

CHUTNI KELAPA MANIS

Bahan-bahan:
Sedikit Halba campur
Bawang merah – dimayang halus
Cili kering – dipotong pendek-pendek
Sedikit daun kari

Dikisar halus:
1 biji Kelapa Parut [putih sahaja]
3 biji Cili Kering
3 biji Cili Padi

sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, bawang, cili kering dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan kacau di atas api sederhana panas. Biar sebati dan jangan sampai pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.



KUAH PARPU

Bahan-bahan:
1 cawan dhal[parpu holland] - rendam semalaman
sedikit serbuk kunyit
3 biji cili hijau - dipatah-patahkan
1 bawang besar - dadu
4 ulas bwg putih
1" halia - cincang halus
1 tomato - potong baji
1 petola saiz kecil - dipotong
1 terung- dipotong
1 cawan santan

utk tumisan darat:
3 bwg merah - mayang halus
daun kari
1 tsp jintan manis
1 tsp halba campur
cili kering - potong pendek2
garam gula secukup rasa

rebus kacang dal dgn kunyit, cili hijau, bwg beso, bwg putih  n halia..rebus bior kacang dal tu empuk n bahan2 lain semua separa hancur [kalau nak senang..blend je separuh bahan2 ni bila dah agak2 nak empuk..so ade aa texture sket..yg smooth n yg chunky]
bila dah empuk.. bleh masukkan sayur-sayuran plak..bleh gak pecahkan telur ke dlm kuah kalau suka
then masukkan santan..kacau bior mendidih jap..hingga kepekatan yg dikehendaki..perisakan garam gula
tumis bhn2 tumisan darat then curah je kedalam kuah parpu..bior kejap then bleh tutup api n siap utk dihidangkan

alandaresipi bermula!

Blog alandaresipi didaftarkan pada 17 oktober 2010, pada pukul 9:52a.m.